Monday, September 26, 2011

SAMBUTAN HARI MALAYSIA- 16 SEPTEMBER 2011

AS-SALAMULAIKUM DAN SALAM HORMAT.

KELAB KERETA MINI KELANTAN menerima pelawaan menyertai Sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Kelantan bertempat di Padang Majlis Daerah Machang yang berlangsung pada 16 September 2011. 
Sebagai rakyat yang cintakan keamanan, pelawaan tersebut disambut dengan  bangga dan  megah. Malaysia adalah tanah tumpah darah kami.
  MERDEKA MERDEKA MERDEKA













Saturday, August 13, 2011

AUTO SHOW MPKB-ANAK MUDA RAMADHAN 1432H

Pada tanggal 12 Ramadhan 1432 bersamaan 12 Ogos 2011, Kelab Kereta Mini Kelantan dijemput menyertai AUTO SHOW MPKB- ANAK MUDA RAMADHAN 1432H yang di adakan di Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke IV, Kota Bharu.

Diketuai oleh orang orang kuat Kelab- Encik Sabri Bomba dan Abe Nor Ketereh, kami berkumpul di depan Restoran New Horizon, Wakaf Che Yeh yang terkenal dengan Pasar Malam unik nya itu.

Auto Show ini juga disertai oleh rakan rakan daripada VW, Vespa dan MyV. Selain daripada Auto Show majlis juga di isi dengan pertandingan Sepak Bola Penali, dan Pertandingan Dart. Sesuai dengan bulan yang mulia-Ramadhan, diadakan Solat jamaah Asr diadakan di Khemah Solat sehingga lah ke Solat Tarawih. 
Unik nya Auto Show ini.....